Tempat duduk laluan kereta api dari Jakarta penuh

Tempat duduk laluan kereta api dari Jakarta penuh    

PENUMPANG kereta api sedang menunggu di kaunter pembatalan tiket di Stesen Gambir, Jakarta. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kapasiti tempat duduk dalam kereta api yang berlepas dari kawasan operasi 1 Jakarta semasa tempoh perjalanan pulang bermula semalam hingga esok sudah mencapai 100 peratus.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Perhubungan awam PT Kereta Api Indonesia (kawasan operasi 1), Eva Chairunisa.

“Semua tiket kereta api dari 19 hingga 21 April sudah dijual 100 peratus.

“Walaupun kapasiti tempat duduk sudah penuh, masih ada peluang untuk mendapatkan tiket sekiranya ada penumpang membatalkan perjalanan mereka,” katanya sepertimana dilaporkan portal Antara.

Jelas beliau, orang ramai boleh menyemak pembatalan tiket itu melalui perkhidmatan tempahan tiket dalam talian milik syarikat Kereta Api Indonesia dan ejen pelancongan dalam talian yang lain.

“Penumpang boleh membatalkan tiket mereka atas sebab peribadi, kemudian tiket terbabit akan muncul semula dan orang lain boleh membelinya,” katanya.

Sementara itu, Eva memaklumkan setakat Rabu, kira-kira 580,000 tiket kereta api untuk balik berhari raya di kampung dari stesen Gambir dan Pasar Senen sudah dijual, dengan tarikh berlepas pilihan pada 17 hingga 23 April.

Beliau juga menggesa orang ramai mengelak membeli tiket daripada pihak ketiga atau penjual yang tidak sah.

“Penumpang perlu menunjukkan kad pengenalan sebelum menaiki kereta api namun pihak ketiga atau penjual pula membeli tiket menggunakan identiti mereka sendiri.

“Pegawai yang menyelia akan menyemak dan memadankan data penumpang sebenar serta individu didaftarkan semasa pembelian tiket, jadi ini akan menyukarkan keadaan.

“Malah, sebelum ini, timbulnya kes pihak ketiga membeli tiket dan menjual semula pada harga lebih tinggi,” ujarnya.

Justeru, katanya, bagi menyekat potensi penjualan semula tiket, Kereta Api Indonesia tidak akan menyediakan perkhidmatan menukar data kepada pemilik tiket.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya