Sky News Australia tutup akaun TikTok - Utusan Malaysia

Sky News Australia tutup akaun TikTok

SKY News Australia menutup akaun TikTok stesen berkenaan berikutan risiko keselamatan yang ditimbulkan oleh aplikasi milik China itu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE: Penyiar Sky News Australia menutup akaun TikTok stesen tersebut ekoran kebimbangan besar melibatkan isu keselamatan media.

Dalam artikel yang diterbitkan di laman web Sky News Australia kelmarin, Editor Digital, Jack Houghton berkata, risiko keselamatan ditimbulkan oleh platform yang dikawal Beijing itu terlalu hebat untuk mana-mana penerbit berita.

“TikTok ialah rangkaian pengintip yang menyamar sebagai platform media sosial dan terbukti mencuri data wartawan, rakyat awam serta ahli politik secara haram.

“Kami menggesa organisasi media untuk mempertimbangkan dilema ini dan berhenti memperdagangkan keselamatan dan integriti demi menagih beberapa tontonan yang tidak bernilai,” tulis Houghton.

Dalam satu kenyataan kepada CNN, Pengurus Besar Operasi untuk TikTok di Australia dan New Zealand, Lee Hunter berkata, beliau menghormati hak penyiar untuk membuat keputusan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada penontonnya, tetapi menolak dakwaan dan sindiran yang dibuat dalam artikel itu.

“Tuduhan itu benar-benar palsu dan kami menolak dengan sekeras-kerasnya,” kata Hunter.

Pakar berkata, kebimbangan keselamatan di sebalik larangan kerajaan baru-baru ini hanya mencerminkan potensi TikTok digunakan untuk risikan asing namun sehingga kini tiada bukti awam bahawa kerajaan China benar-benar mengintip melalui aplikasi itu.

Sky News Australia yang dimiliki oleh Rupert Murdoch’s News Corp (NWSA) merupakan entiti berasingan daripada penyiar Sky News United Kingdom (UK), milik Sky Group iaitu sebuah bahagian konglomerat Amerika Syarikat (AS), Comcast (CCZ).

Tahun lalu, pemilik TikTok ByteDance mengakui bahawa empat pekerjanya mengakses data peribadi dua wartawan dari Financial Times dan BuzzFeed secara tidak wajar.

ByteDance berkata, kakitangan yang berkaitan sedang menyiasat kemungkinan kebocoran maklumat dan mereka yang terlibat sudah dipecat kerana menyalahgunakan kuasa untuk mengakses data pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya