Singapura naikkan duti setem beli rumah untuk warga asing

Singapura naikkan duti setem beli rumah untuk warga asing

PENGUMUMAN tersebut dibuat kerajaan Singapura bagi mengawal harga penjualan rumah di republik itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Warga asing yang berhasrat membeli hartanah kediaman di republik ini perlu membayar duit setem pembeli tambahan (ABSD) sebanyak 60 peratus berbanding 30 peratus sebelum ini.

Pengumuman peningkatan kadar tarif itu merupakan langkah terbaharu untuk mengawal harga hartanah oleh kerajaan Singapura.

Dalam pada itu, rakyat tempatan yang mahu membeli hartanah kediaman kedua pula perlu membayar ABSD sebanyak 20 peratus iaitu kenaikan daripada 17 peratus sebelum ini.

Bagi warga Singapura yang merancang membeli hartanah kediaman ketiga dan seterusnya, mereka perlu membayar kadar baharu 30 peratus, berbanding 25 peratus sebelum ini.

Kadar 30 peratus itu juga tertakluk kepada penduduk tetap (PR) yang membeli hartanah kediaman kedua mereka.

PR yang membeli hartanah kediaman ketiga dan seterusnya pula perlu membayar ABSD sebanyak 35 peratus berbanding 30 peratus sebelum ini.

Kementerian Pembangunan Kebangsaan (MND), Kementerian Kewangan dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) berkata, kenaikan ABSD bertujuan mempromosikan pasaran hartanah yang mampan dan memberi keutamaan kepada pemilikan rumah oleh pemilik.

Menurut kerajaan republik ini, permintaan pemilikan kediaman daripada penduduk tempatan amat tinggi selain minat para pelabur asing dalam pasaran hartanah kediaman di negara ini.

“Jika dibiarkan tanpa kawalan, harga boleh melebihi asas ekonomi dengan risiko kenaikan harga yang berterusan berbanding pendapatan,” kata pihak berkuasa Singapura.

Berdasarkan data tahun 2022, kenaikan kadar ABSD akan menjejaskan kira-kira 10 peratus transaksi hartanah kediaman. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya