Salah beli 60 pasang cermin mata   - Utusan Malaysia

Salah beli 60 pasang cermin mata  

TOM Arnold memeriksa semula pesanan dalam talian yang dibuat selepas menerima 60 kotak cermin mata.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang bapa tular di Twitter selepas secara tidak sengaja memesan 60 pasang cermin mata kerana tersilap ketika menghantar pesanan secara dalam talian.

Menurut Mirror UK, pengalaman melucukan itu diceritakan personaliti radio, Chris Arnold selepas bapanya membuka bungkusan cermin mata yang tiba di rumah mereka dan tertanya-tanya mengapa paketnya begitu besar. 

Chris memuat naik gambar menunjukkan Tom Arnold yang sudah berusia 61 tahun kelihatan bingung kerana dia tersalah membaca kuantiti pesanannya menyebabkan dia menerima tambahan 59 pasang cermin mata berbanding hanya satu yang dipesannya.

“Kesilapan yang sangat melucukan, dia mulanya berkata dia fikir mungkin hanya pembungkusan yang terlalu besar tetapi kemudian dia membukanya dan kotak itu penuh.

“Dia kelihatan keliru dengan apa yang berlaku. Kami melihat pesanan itu dan dia sebenarnya menekan angka 12 pek dan bukannya satu,  Tempahan itu mencecah lebih 100 Pound (RM546) tetapi dia berjaya mendapatkan bayaran balik!,” ciap Chris dalam laman Twitternya.

Kedai cermin mata Specsavers yang menjual cermin mata tersebut sempat berseloroh dan berjenaka dengan Chris di ruang komen mengenai kesilapan itu.

“Pada ketika ini kawan-kawan, saya rasa anda tidak perlu berkata apa-apa. Adakah anda berminat untuk membeli 59 pasang cermin mata bacaan daripada ayah saya?” kata Chris kepada kedai itu.

Kedai tersebut sempat membalas komen Chris yang mendapat perhatian ramai warga net dan mereka turut sama menggamatkan ruang komen dengan pelbagai pendapat tentang apa yang harus dilakukan dengan puluhan cermin mata tersebut.

“Jika anda tidak tahu apa yang harus dibuat dengan lebihan cermin mata itu, anda mempertimbangkan untuk menambah 118 mata tambahan pada wajah ayah anda,” kata kedai itu.

Terdapat juga warganet yang berpesan supaya anak-anak membantu orang tua mereka membuat sebarang pesanan dalam talian terutama ketika cermin mata yang dipakai ibu bapa mereka rosak untuk mengelak kesilapan serupa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya