KYIV: Russia dan Ukraine melakukan pertukaran tahanan secara besar-besaran dengan 106 tawanan perang Russia dibebaskan sebagai pertukaran untuk 100 warga Ukraine.
Lapor Channel News Asia, dalam siaran Telegram, pembantu Presiden Ukraine, Andriy Yermak berkata, warga Ukraine yang dibebaskan termasuk pembela bandar Mariupol dan kilang keluli Azovstalnya yang ditangkap pada awal perang iaitu Februari tahun lalu.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Russia berkata, tahanannya dibebaskan selepas menjalani proses rundingan.
Russia dan Ukraine terlibat dalam pertukaran tahanan berkala sejak permulaan perang pada Februari tahun lalu.
Pertukaran besar-besaran ini jarang berlaku dalam hubungan langsung antara musuh.