Rambut afro terbesar dunia

Rambut afro terbesar dunia

AEVIN Dugas kini memiliki rambut afro terbesar di dunia. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATON ROUGE: Seorang wanita dari Louisiana di Amerika Syarikat (AS) berjaya merampas semula gelaran Rekod Dunia Guinness selepas memiliki rambut afro paling besar.

Lapor UPI News, gaya afro Aevin Dugas kini mencatatkan ukuran lilit rambut 1.64 meter, lebar 0.264 meter dan tinggia 0.249 meter.

Dugas, 47, pertama kali memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi kategori `rambut afro paling besar pada wanita yang masih hidup’ pada tahun 2010.                      

Pada masa itu, Dugas memiliki afro terbesar dunia dengan merekodkan ukuran lilit rambut 1.32 meter.   

Rekod dunia itu kemudian dipecahkan oleh Simone Williams dari New York pada tahun 2020 selepas mencatatkan ukur lilit rambut 1.47 meter. 

Rekod Dunia Guinness kini mengesahkan Dugas sudah merampas semula gelaran tersebut daripada penyandang terdahulu.

Sementara itu, Dugas berkata, dia membiarkan rambutnya tumbuh panjang selama 24 tahun.

“Saya sudah rasa jemu menggunakan bahan kimia berbahaya untuk meluruskan rambut saya secara kekal.      

“Bahan kimia itu turut dikaitkan dengan penyakit kanser, jadi saya gembira sudah meninggalkan tabiat itu beberapa tahun lalu,” katanya.

Menurut Dugas, dia sering menggayakan rambut panjangnya dengan pelbagai gaya.

Namun, katanya, dia hanya menggayakan fesyen rambut afro pada majlis khas kerana ia mampu menarik perhatian ramai.         

“Ramai orang mempunyai reaksi berbeza terhadap rambut afro saya.

 “Ada individu mengagumkannya, ada yang merenung dan pernah bertanyakan soalan pelik mengenai rambut saya,” katanya.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN