Poland serbu bangunan sekolah Russia di Warsaw

Poland serbu bangunan sekolah Russia di Warsaw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Poland memaklumkan sudah menawan sebuah bangunan menempatkan sekolah Russia berhampiran pejabat kedutaan Moscow di Warsaw.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Luar, Lukasz Jasina.

Dilaporkan, sekolah itu bertujuan memberikan pendidikan kepada anak golongan diplomat Russia.

Pertengkaran membabitkan bangunan bertingkat tahun 1970-an yang digelar sebagai `kubu pengintip’ oleh warga Poland itu, sudah berlanjutan selama lebih setahun.

“Bangunan itu adalah kepunyaan Dewan Bandaraya Warsaw,” katanya sambil menegaskan langkah itu menyusuli perintah bailif.

Menurut Poland, wujudnya perbezaan besar dalam jumlah bangunan diplomatik yang masing-masing terdapat di negara lain.

Dalam pada itu, seorang pegawai diplomat dari Russia mengecam dan menyifatkan tindakan Poland sebagai melanggar undang-undang.

“Tindakan itu menyalahi undang-undang. Ia dilihat sebagai pencerobohan ke atas fasiliti diplomatik,” kata wakil diplomat Moscow, Sergei Andreyev kepada agensi berita RIA Novosti.

Andreyev turut menyifatkan tindakan itu adalah `pelanggaran terhadap konvensyen hubungan diplomatik Vienna’.

“Sudah tentu, akan ada reaksi balas,” katanya dengan tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai keputusan akan dilakukan oleh Moscow.

Andreyev memaklumkan Russia menganggap bangunan sekolah kedutaan itu sebagai sebahagian misi diplomatik negaranya.

Malah, katanya, guru dan kakitangan turut tinggal di kawasan bangunan tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, sekolah itu akan terus beroperasi di bahagian lain di premis kedutaan Russia.

“Keutamaan kami adalah memastikan keselamatan dan kepentingan kakitangan serta keluarga mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya