Perantau Maluku kecewa tiket kapal habis  - Utusan Malaysia

Perantau Maluku kecewa tiket kapal habis 

RATUSAN penumpang yang mahu pulang ke daerah Seram bahagian Timur menyerbu Pelabuhan Ambon kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMBON: Ratusan anak perantauan daerah Seram yang ingin pulang ke kampung halaman menyambut lebaran bertindak menyerbu kaunter Pelayaran Nasional Indonesia (PeIni) Ambon kelmarin untuk mendapatkan tiket di saat-saat akhir sebelum kapal menuju ke wilayah di Maluku berlepas.

Lapor Kompas.com suasana bertukar kecoh apabila sejumlah pengembara itu memenuhi ruang kaunter menuntut agar syarikat perkapalan tersebut menjual tiket kapal KM Belt Nusantara 107 yang sudah sedia untuk berlepas dari Pelabuhan Yos Sudarso.

Malangnya harapan mereka tidak kesampaian kerana tiket kapal tersebut sudah habis dijual.

“Terdapat lebih 700 warga Seram bahagian Timur yang mahu ikut berlayar menaiki kapal Belt Nusantara, tetapi kapasiti maksimum kapal hanya 350 orang sahaja.

“Pelni dan pihak berkuasa tidak dapat memenuhi permintaan mereka atas sebab keselamatan pelayaran. Selepas diberi penerangan, syukur mereka dapat menerimanya,” kata Pengurus Operasi PT Pelni Ambon, Muhammad Assagaff.

Bagaimanapun, Muhammad berkata, pihaknya berusaha berurusan dengan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Maluku dan bersepakat membantu ratusan penumpang yang gagal menaiki KM Sabuk Nusantara 107 untuk diangkut dengan kapal lain.

“Sebagai alternatif, kami menggunakan kapal persendirian KM Kinei yang berlabuh di Pelabuhan Ambon untuk mengisi minyak.

“Kami sediakan tiket dan beri keutamaan kepada mereka yang gagal membeli tiket kapal KM Sabuk Nusantara 107 sebelum ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya