Penduduk kecewa pemimpin lambat tunai solat Aidilfitri - Utusan Malaysia

Penduduk kecewa pemimpin lambat tunai solat Aidilfitri

RIBUAN penduduk di Palembang membanjiri kawasan lapang di Jambatan Ampera untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Sejumlah penduduk di Sumatera Selatan meluahkan rasa kecewa dengan sikap sambil lewa barisan pemimpin wilayah itu yang tiba lewat untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri kelmarin.

Lapor Kompas.com, ribuan jemaah membanjiri Masjid Sultan Mahmud Badaruddin I Jayo Wikramo dan kawasan lapang sekitar Jambatan Ampera seawal pukul 6.00 pagi (waktu tempatan) namun kesal dengan tindakan pemimpin yang tidak menepati masa ketika menunaikan kewajipan beribadat bersama penduduk.

Seorang penduduk, Agung Dalian menerusi akaun TikToknya berkata, ramai yang mengeluh dan hairan bagaimana pegawai masih belum tiba di masjid selepas pukul 8.00 pagi ketika ramai jemaah teruja untuk bersolat bersama selepas tiga tahun tidak dapat menunaikannya akibat pandemik Covid-19.

“Pegawai kerajaan dan pemimpin yang dikenali harus menunjukkan tauladan yang baik tetapi mereka datang lewat. Jemaah yang datang awal malah terpaksa menunggu berjam-jam pula. Tidak sepatutnya perkara sebegini boleh terjadi,” katanya.

Dalam pada itu, Agung turut kecewa dengan Gabenor Sumatera Selatan, Herman Deru yang tidak membuat sebarang permohonan maaf kepada penduduk berhubung insiden itu.

Malah lebih dikesalkan, pemimpin itu sempat membuat ucapan panjang yang membuatkan solat bertambah lewat.

“Sudahlah datang lewat, ceramah pula hingga empat orang, sampai ucapan terakhir dari Herman melebihi pukul 8.00 pagi sepatutnya waktu mula solat. Apa salahnya berucap sahaja selepas solat.

“Kalau boleh pegawai dan pemimpin datanglah lebih awal. Kerana waktu solat, kita menghadap Tuhan. Mengapa perlu menunggu pula, kita kan sama-sama hamba Allah SWT,” tambah Agung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya