Pemandu Uber derma buah pinggang kepada penumpang

Pemandu Uber derma buah pinggang kepada penumpang 

TIM Letts (kiri) menderma sebelah buah pinggang kepada penumpangnya, Bill Sumiel. - AGENSI    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bukan semua insan sanggup berkorban menderma organ mereka kepada individu terutamanya yang tiada pertalian darah.

Namun, berbeza bagi pemandu Uber, Tim Letts, 33, yang sanggup memberi sebelah buah pinggang sendiri kepada seorang penumpangnya yang hanya dikenali beberapa minit ketika dalam perjalanan.

Lapor Times Now, kisah menyentuh hati antara Tim dan penumpangnya bernama Bill Sumiel menjadi tular selepas dikongsi oleh Good News Movement di laman Instagram. 

Tim bertemu dengan pesakit buah pinggang itu ketika menghantarnya ke sebuah pusat dialisis di Newark, Delaware.

“Dalam perjalanan ke pusat dialisis, Tim dan Bill berbual pelbagai perkara termasuk masalah kesihatan dialami penumpang itu.

“Selepas tiba di kemudahan itu, Tim memberitahu dia berhasrat mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada Bill bagi membolehkannya kembali sihat dan dapat meneruskan hidup secara normal.

“Tim menganggap ada sebabnya Tuhan mempertemukan mereka berdua,” jelas satu hantaran di Good News Movement.

Menurut hantaran itu, doktor mengesahkan buah pinggang Tim sesuai dengan Bill dan akhirnya mereka menjalani pembedahan pemindahan organ tersebut. 

“Setahun selepas pembedahan itu, kesihatan Bill bertambah baik dan dia menjalani rawatan di pusat pemulihan buah pinggang Universiti Delaware.

“Tim pula kini menetap di Jerman dan mereka masih kekal berhubung antara satu sama lain.

“Malah, Bill menganggap Tim sebagai rakan baik yang menyelamatkan nyawanya” jelas hantaran itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya