Pelumba basikal BMX beraksi di skatepark terapung

Pelumba basikal BMX beraksi di skatepark terapung

KRISS Kyle melakukan aksi di sebuah `skatepark terapung' di ruang udara. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pelumba basikal BMX dari Britain berjaya melakukan aksi ekstrem di sebuah `skatepark terapung’ di ruang udara pada ketinggian lebih 609.6 meter dari aras permukaan tanah.

Lapor Sky News, Kriss Kyle, 31, menyifatkan cabaran itu sebagai `peluang sekali dalam seumur hidup’.

Kyle berjaya menamatkan aksi pertama dunia yang dikenali sebagai Don’t Look Down.

Dalam cabaran itu, Kyle melakukan aksi berbasikal mengelilingi `trek buatan khas’ yang digantungkan pada sebuah belon udara panas.    

Dilaporkan, belon udara itu berlepas dari Charlton Park Estate di Wiltshire dan terbang kira-kira 48.28 kilometer (km) melintasi Cotswolds sebelum membuat pendaratan.

Sebelum ini, Kyle melakukan beberapa aksi BMX yang sangat teknikal dalam masa singkat pada Februari lalu dan meraih kejayaan.

Atlet Red Bull dari Stranraer di Dumfries dan Galloway, Scotland pernah bertanding dalam beberapa acara profesional BMX sejak tahun 2008.

Kyle berkata, idea skatepark terapung itu timbul selepas dia keluar berbasikal di bukit dengan anjingnya ketika pandemik Covid-19.    

 Katanya, dia kemudian memaklumkan idea berkenaan kepada pengurusnya di Red Bull. 

“Idea ini hampir sama seperti saya melakukan dalam setiap projek.

“Tiada sesiapa pernah melakukan aksi seperti ini dan ia berjaya dilakukan dalam masa yang singkat,” katanya.

Tambah Kyle, cuaca memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan belon udara dapat terbang dengan baik. 

“Keadaan cuaca yang sangat spesifik termasuk kelajuan angin kurang daripada 4.82 kilometer sejam (km/j) diperlukan bagi membolehkan penerbangan itu dilakukan,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya