Paris undi haramkan khidmat sewa e-skuter

Paris haramkan khidmat sewa e-skuter bermula 1 September

HAMPIR 90 peratus pengundi dalam referendum itu menyokong pengharaman skuter elektrik yang disewa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo mengumumkan akan mengharamkan skuter elektrik di bandar berkenaan bermula 1 September ini.

Semalam, penduduk Paris mengundi secara besar-besaran untuk mengharamkan skuter elektrik yang disewa daripada terus beroperasi di sekitar jalan raya di ibu negara Perancis.

Ia sekaligus memberi tamparan hebat kepada pengendali skuter, selain kemenangan besar bagi kempen keselamatan jalan raya di negara itu. 

Lapor BBC, keputusan rasmi menunjukkan hampir 90 peratus undian menyokong pengharaman kenderaan sewa itu.

Namun, undi berkenaan adalah di bawah lapan peratus daripada mereka yang layak mengundi.

Referendum itu diadakan sebagai respons terhadap peningkatan jumlah individu yang cedera dan terbunuh semasa menggunakan skuter elektrik di ibu negara Perancis.

Berdasarkan angka rasmi, daripada 1.38 juta orang dalam daftar pemilih di bandar itu, hanya lebih 103,000 penduduk mengambil bahagian dalam referendum tersebut.

Daripada jumlah itu, lebih 91,300 penduduk mengundi menentang penggunaan skuter elektrik tersebut. 

Paris merupakan antara bandar pertama yang menggunakan kenderaan elektrik itu namun para pengkritik berpandangan ia lebih mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.

Terdapat kebimbangan semakin meningkat mengenai cara sebilangan individu yang menunggang skuter terutamanya semasa menelusuri lalu lintas, semasa mengelak pejalan kaki dan memandu pada kelajuan 27 kilometer sejam (km/j).

Malah, penunggang sering kali tidak memakai topi keledar dan kanak-kanak seawal usia 12 tahun juga boleh menyewa skuter elektrik secara sah.

Pada tahun 2021, seorang wanita warga Itali berusia 31 tahun maut selepas dilanggar oleh skuter elektrik yang membawa dua orang.

Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk di atas jalan hingga mengalami serangan jantung.

Rundingan awam itu dianjurkan oleh Hidalgo yang mana penduduk boleh menyatakan sama ada mereka menyokong atau menentang penyewaan skuter elektrik.

Bagaimanapun, skuter elektrik milik persendirian tidak terlibat dalam undian tersebut.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya