Masjid Lautze pilihan mualaf Tionghoa dalami Islam ketika Ramadan - Utusan Malaysia

Masjid Lautze pilihan mualaf Tionghoa dalami Islam ketika Ramadan

INDIRA (kanan) menemani kedua anaknya, Putri (kiri), dan Puan (dua dari kiri) memeluk Islam di Masjid Lautze di Jakarta Pusat kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA:  Masjid Lautze di Jakarta Pusat menjadi pilihan warga Tionghoa yang ingin mendalami syiar Islam kerana berasa selesa dengan komuniti di kawasan itu.

Malah, momentum Ramadan menjadi pilihan mereka untuk memeluk Islam dengan melafazkan syahadah di Masjid Lautze.

Pegawai Perhubungan Awam Masjid Lautze, Yusman Iriansyah berkata,  masyarakat Cina berasa selesa  kerana terdapat juga ramai golongan mualaf yang sering mengunjungi masjid tersebut, sekali gus membuatkan mereka tidak berasa segan dan kekok.

“Mereka tidak merasa berada di tempat  asing kerana sokongan daripada komuniti sekeliling dan hiasan di masjid juga mungkin membantu kerana banyak kaligrafi-kaligrafi di sini yang kami datangkan terus dari China.

“Memang pada Ramadan ini lebih sesak, setiap minggu sehingga lebih lima orang datang melafazkan syahadah, pada hari bekerja mungkin hanya dua hingga tiga orang,” kata Yusman kepada Antara News. 

Tambahnya, masjid tersebut juga menyediakan guru untuk mualaf yang ingin mendalami al-Quran dan agama Islam selain terdapat beberapa sukarelawan yang datang membantu.

Menurut Yusman, pada hari kesepuluh Ramadan, tiga orang memeluk Islam di masjid itu.

Seorang penduduk bernama Indira berusia 43 tahun datang ke Masjid Lautze untuk menemani dua anak perempuannya, Putri,14 dan Puan, 16, memeluk agama Islam.

“Kebetulan suami saya bukan Islam, tetapi kedua-dua anak saya sudah biasa solat dan mengaji al-Quran, dan apabila besar, saya serius bertanyakan sama ada mereka rasa terpaksa atau tidak. Alhamdulillah mereka selesa dan tegas untuk masuk Islam,” kata Indira.

Indira yang berasal dari Bintaro di  Tangerang Selatan berkata, Masjid Lautze adalah tempat beribadat yang menyedarkan beliau bahawa budaya boleh bersatu dengan agama.

Masjid Lautze pada bulan Ramadan juga menganjurkan iftar seminggu sekali dengan menjemput mualaf dari seluruh Jabodetabek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya