Makhluk aneh ditemukan di pantai UK  - Utusan Malaysia

Makhluk aneh ditemukan di pantai UK 

SEEKOR haiwan aneh seperti makhluk asing ditemui terdampar di pesisir pantai Littlehampton di Barat Sussex.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Misteri kewujudan seekor makhluk laut aneh dengan ekor berduri mengejutkan ramai penduduk tempatan selepas bangkainya ditemukan terdampar di kawasan pantai di United Kingdom (UK).

Lapor Mirror UK, Marilyn Inglis, 72, terlihat bangkai haiwan seperti makhluk asing itu ketika bersiar-siar di sepanjang pantai di Littlehampton, Barat Sussex Mac tahun lalu.

Katanya, haiwan ditemuinya itu turut mempunyai persamaan ketara dengan bangkai makhluk aneh lain yang ditemukan di sepanjang pantai Dorset pada bulan Disember lalu.

Kedua-dua haiwan mempunyai kepala lut sinar menyerupai obor-obor dan dua sirip dengan saiz berbeza serta ekor yang panjang.

Badan kedua-duanya berwarna kelabu gelap tetapi bangkai haiwan aneh yang ditemui di Sussex mempunyai duri halus dari bahagian kepala hingga ke tulang belakangnya.

“Saya sudah menunjukkan gambar-gambar haiwan aneh itu kepada orang ramai termasuk nelayan di kawasan sekitar tetapi tiada siapa yang tahu apakah ia.

“Walaupun seakan tubuhnya digigit haiwan lain, makhluk itu sebenarnya masih agak besar. Haiwan itu tidak kelihatan bertulang, tetapi agak berotot, dan tidak kelihatan seperti ekor buaya. 

“Melihatnya sendiri dengan mata kasar jelas lebih menyeramkan daripada hanya menatap gambar,” kata Inglis.

Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) juga tidak dapat mengenal pasti makhluk itu namun penyelidik di Persatuan Pemuliharaan Marin percaya haiwan tersebut mungkin salah satu spesies ikan pari. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya