Lelaki Sikh kekal rekod janggut terpanjang dunia

Lelaki Sikh kekal rekod janggut terpanjang dunia

SARWAN Singh memiliki janggut terpanjang dunia. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Seorang lelaki berketurunan Sikh berjaya mengekalkan Rekod Dunia Guinness dipegangnya buat kali ketiga dengan memiliki janggut terpanjang dunia.

Lapor foxnews.com, Sarwan Singh dari Surrey, Kanada mempertahankan gelaran itu dengan kini memiliki janggut sepanjang 2.51 meter.

Sarwan pertama kali memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi kategori `janggut terpanjang pada lelaki yang masih hidup’ pada November 2008.

Pada masa itu, janggut Sarwan berukuran 2.33 meter sekali gus mengatasi rekod dunia 1.75 meter yang dipegang oleh Birge Pellas dari Sweden.

Rekod Dunia Guinness kemudian mengukur semula janggut Sarwan pada Oktober 2022 yang panjangnya mencecah 2.51 meter.  

Pegawai bertanggungjawab mendokumentasi rekod mengukur janggut Sarwan buat kali ketiga pada Mac lalu.

Sementara itu, Sarwan memberitahu janggutnya mula tumbuh sejak berusia 17 tahun dan dia `menjaganya dengan cara yang sama’ sehingga kini.

“Sebagai penganut Sikh, kami jarang mencukur janggut sebaliknya menyimpan dengan melakukan rutin penjagaan termasuk menyikat dan menyapu gel setiap hari.     

“Namun, saya berasa tuah kerana memiliki janggut terpanjang dunia.

“Saya menganggap ini adalah anugerah dari Tuhan dan bukannya pencapaian peribadi,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya