Lebih 400 orang maut dalam pertempuran Sudan

Lebih 400 orang maut dalam pertempuran Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Lebih 400 orang terbunuh manakala lebih 3,500 lagi cedera dalam pertempuran di Sudan yang meletus sejak Sabtu lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Harris dalam sidang akhbar.

“Seramai 413 orang meninggal dunia dan 3,551 lagi cedera dalam pertempuran antara angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF),” katanya.

Pertempuran berterusan antara unit tentera ketua de facto, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan komander RSF, Mohamed Hamdan Dagalo memasuki hari kelima semalam di negara itu.

Kedua-dua pihak yang bertelagah mendakwa berjaya menguasai beberapa fasiliti penting di lokasi strategik.

Malah, pertempuran itu dikatakan sekali lagi mengganggu peralihan Sudan ke arah demokrasi selepas penyingkiran Presiden Omar al-Bashir pada 2019.

Sementara itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengesahkan sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak antara mangsa yang maut.

“Lebih 50 kanak-kanak lagi dilaporkan cedera dalam pertempuran itu,” jelas agensi itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya