Lebih 1,000 warga Eropah dibawa keluar dari Sudan - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 warga Eropah dibawa keluar dari Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Lebih 1,000 warga Eropah dipindahkan dari Sudan yang kini dilanda konflik.

Perkara itu disahkan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell awal pagi tadi.

“Ia merupakan satu operasi yang kompleks dan ia merupakan satu operasi yang berjaya,” kata Borrell kepada wartawan.

Menurut Borrell, seramai 21 diplomat dari misi EU di Khartoum dibawa keluar dan Kedutaan EU sudah berpindah ke kawasan lain di Sudan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perancis kerana membantu membawa diplomat EU keluar dari Sudan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas usaha gabungan banyak negara yang bukan sahaja membawa warganegara masing-masing tetapi juga membantu menyediakan tempat kepada warganegara lain yang memerlukan,” jelas Borrell.

Di Khartoum, Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) bertempur di jalanan sejak 15 April lalu, menyebabkan kereta kebal hangus, bangunan musnah dan kedai-kedai dirompak.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya