Konflik di Sudan: 850 pelajar terkandas, kekurangan bekalan

Konflik di Sudan: 850 pelajar terkandas, kekurangan bekalan

KEPULAN asap hitam kelihatan di ruang udara bangunan berhampiran kawasan lapangan terbang di Khartoum, Sudan. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai 850 pelajar Indonesia dilaporkan terkandas di tengah-tengah situasi konflik dan pertempuran di Sudan.

Lapor detik.com, Presiden Persatuan Pelajar Indonesia Sudan, Arya Kurniantoro berkata, pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang berlanjutan, mencetuskan kebimbangan serta masalah kekurangan bekalan.

“Keadaan agak membimbangkan di sini, terdapat 850 pelajar dan hampir 1,000 warga Indonesia yang mana 90 peratus daripada jumlah itu berada di bandar Khartoum,” katanya.

Menurut Arya, pertempuran antara tentera Sudan dan RSF meletus secara tiba-tiba pada pagi Sabtu lalu.

“Saya masih ingat ketika itu, secara tiba-tiba situasi menjadi tidak menentu.

“Aktiviti kami seperti biasa semasa Ramadan, secara kebetulan kami tidak dapat tidur lena, tiba-tiba sekitar 10 pagi kedengaran bunyi dentuman yang sangat kuat.

“Pada mulanya, kami menyangka bunyi dentuman itu seperti demonstrasi biasa, namun selepas itu kami mendapat tahu berlaku pertempuran antara tentera dan pasukan separa tentera,” katanya.

Jelas Arya, pada hari pertama pertempuran, dia bersama kumpulan pelajar lain masih mampu bertahan.

“Kami keliru apabila keadaan semakin tidak menentu pada hari kedua pertempuran.

“Asrama pelajar dipindahkan, makanan untuk berbuka puasa amat minima, jadi kami tidak makan malam, akhirnya kami terpaksa bekerjasama menghantar bekalan sementara,” katanya.

Tambah Arya, antara bekalan diagihkan kepada pelajar adalah makanan kering seperti roti dan biskut memandangkan mereka tidak boleh memasak.

Malah, katanya, beberapa rumah didiami pelajar Indonesia turut mengalami gangguan bekalan elektrik di tengah-tengah konflik tersebut.  

“Justeru, saya berharap agar pihak Kedutaan Indonesia di Khartoum akan memindahkan semua pelajar sekiranya keadaan bertambah buruk.

“Walaupun kebanyakan pelajar itu sudah tamat pengajian atau ada antara mereka hampir menamatkannya, namun aspek keselamatan nyawa adalah lebih penting,” katanya.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya