Jokowi tunai solat sunat Aidilfitri bersama Ganjar Pranowo

Jokowi tunai solat sunat Aidilfitri bersama Ganjar Pranowo

GANJAR Pranowo (kiri) bersalam dengan Jokowi di luar pekarangan Masjid Sheikh Zayed di Solo, wilayah Jawa Tengah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bersama isterinya, Iriana hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Besar Sheikh Zayed di bandar Solo, wilayah Jawa Tengah.

Sekretariat Presiden dalam kenyataan memaklumkan Jokowi, Iriana dan anak bongsu mereka, Kaesang Pangarep serta isterinya, Erina Gudono tiba di masjid itu seawal pukul 6 pagi (waktu tempatan) tadi.

“Jokowi diiringi ke saf depan manakala Iriana pula duduk di ruang solat disediakan bagi jemaah wanita di tingkat kedua masjid itu,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, solat Aidilfitri bermula tepat pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).

Tambah kenyataan itu, Gabenor Wilayah Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan Ketua Hakim Indonesia, Anwar Usman turut mengambil peluang menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Jokowi.

“Setelah solat Aidilfitri selesai sekitar 7.30 pagi (waktu tempatan), Jokowi dan Iriana pulang semula ke kediaman mereka,” jelas kenyataan itu.

Semalam, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengumumkan Ganjar sebagai calon dalam Pilihan Raya Presiden 2024 (Pilpres).

Ganjar bakal menyertai bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan bekas komander pasukan khas, Prabowo Subianto dalam merebut jawatan tertinggi republik itu.

Pengumuman itu dibuat oleh bekas Presiden, Megawati Sukarnoputri yang juga pemimpin PDI-P, parti pemerintah Indonesia.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya