Jepun siap sedia tembak jatuh satelit pengintip Korea Utara

Jepun siap sedia tembak jatuh satelit pengintip Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Menteri Pertahanan, Yasukazu Hamada mengarahkan tentera Jepun bersiap sedia menembak jatuh satelit pengintip Korea Utara sekiranya ia memasuki negara itu.

Kementerian dalam kenyataan memaklumkan Yasukazu sudah mengarahkan Pasukan Pertahanan Diri melakukan persiapan yang diperlukan.

“Ia dilakukan memandangkan pemimpin itu berpotensi `mengarahkan pemusnahan peluru berpandu balistik’,” jelas kenyataan itu.

Menurut kementerian, persiapan itu merangkumi membuat pengaturan mengerahkan tentera ke wilayah selatan Okinawa `bagi mengurangkan kemusnahan sekiranya peluru berpandu balistik memasuki kawasan’.

Media tempatan melaporkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong un berkata, persiapan pelancaran dirancang bagi satelit pengintip pertama negara itu harus diteruskan.

Katanya, rancangan itu harus diteruskan bagi mengatasi potensi ancaman dari Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya