Jepun rancang bawa pulang warganya dari Sudan

Jepun rancang bawa pulang warganya dari Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kerajaan Jepun sedang bersiap sedia membawa pulang rakyat negaranya dari Sudan.

Jepun merupakan negara pertama yang mengumumkan rancangan membawa pulang warganya dari negara dilanda konflik itu.

Pertempuran antara angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang memasuki hari keempat, mengakibatkan hampir 300 orang terbunuh dan lebih 1,800 cedera.

Konflik sengit menyaksikan serangan udara dilancarkan, kereta kebal di sekitar jalanan, tembakan artileri di kawasan kejiranan yang sesak di ibu negara Khartoum dan beberapa bandar lain.

Jurucakap kerajaan Jepun, Hirokazu Matsuno berkata, kira-kira 60 rakyat Jepun termasuk kakitangan kedutaan ketika ini berada di Sudan.

Katanya, Kementerian Pertahanan sudah memulakan `persiapan diperlukan’ untuk proses membawa pulang warga Jepun.

“Ketika situasi konflik di negara itu semakin teruk, kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan ekspatriat Jepun,” kata Matsuno.

Negara lain pula menggesa rakyat mereka yang berada di Sudan untuk memberikan nama dan maklumat peribadi kepada kedutaan negara masing-masing.

Kedutaan AS di Khartoum mula mengumpulkan maklumat peribadi rakyat, selain menggesa warganya kekal berada di dalam rumah.

“Disebabkan situasi tidak menentu di Khartoum dan penutupan lapangan terbang, maka ketika ini tiada rancangan pemindahan diselaraskan kerajaan AS,” jelas kedutaan itu dalam ciapan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya