Jalan kaki 1,500 km, rakyat Sudan cari perlindungan di Chad

Jalan kaki 1,500 km, rakyat Sudan cari perlindungan di Chad

SEORANG wanita Sudan berehat di bawah khemah buatan sendiri selepas tiba di Chad.-AGENSI/UNHCR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Lebih 100,000 rakyat Sudan sanggup berjalan kaki ke Chad yang jaraknya hampir 1,500 kilometer (km) dengan harapan untuk memulakan hidup baharu dan melepaskan diri dari kemelut peperangan yang dilihat seakan tidak berkesudahan.

Sejak konflik bermula, dianggarkan sekitar 20,000 orang memasuki Chad untuk mendapatkan perlindungan dan menerima jumlah pelarian tertinggi dari konflik Sudan berbanding negara jiran lain.

CHAD DIBANJIRI PELARIAN

Ketika ketegangan semakin memuncak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan memberi amaran bahawa aliran pelarian yang lebih besar dijangka tiba minggu ini.

Situasi berkenaan sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kestabilan wilayah yang rapuh itu ketika Chad sudah pun menempatkan lebih setengah juta pelarian.

Konflik tercetus berikutan pertempuran antara Ketua Angkatan Bersenjata Sudan (SAF), Abdel Fattah al-Burhan menentang Ketua Pasukan Sokongan Pantas (RSF), Mohamed Hamdan “Hemedti” Dagalo dan timbalan Abdel Fattah dalam Majlis Kedaulatan yang mengendalikan negara sejak rampasan kuasa pada Oktober 2021.

Lebih 430 orang maut dan lebih 3,000 lagi cedera sejak pertempuran bermula.

WANITA KANAK-KANAK PALING TERKESAN

Ketua Suruhanjaya Kebangsaan untuk Penerimaan, Penyepaduan Semula dan Penerimaan Chad (CNARR), Mahmat Ali Abdallah Nassouri berkata, pelarian Sudan tiba dalam keadaan keletihan dan panik selepas meninggalkan semua aset material dan kewangan mereka.

Kebanyakan pelarian datang dari bandar Nyala dan El Geneina, ibu kota Darfur Barat, di mana pertempuran bertambah sengit dan sebahgiannya kini tinggal di wilayah timur Chad, Ouaddai dan Sila.

“Jumlah ketibaan meningkat beribu-ribu orang dan membimbangkan. Kami juga berdepan kekurangan sumber keperluan untuk menampung 600,000 pelarian di 13 kem yang sudah tinggal di Chad sebelum krisis terbaru di Sudan meletus,” katanya.

Ketua Premiere Urgence Internationale Perancis, Alpha Koita berkata, sukarelawan yang beroperasi di sempadan menerima kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berjalan kaki selama lebih dua hari, tidak membawa apa-apa selain pakaian dan hanya sedikit bekalan makanan.

“Keperluan asas sangat diperlukan ketika ini. Amat memilukan melihat kebanyakan wanita dan kanak-kanak datang tanpa membawa apa-apa, mereka meninggalkan segala-galanya dan sanggup berjalan kaki sehingga ke sini.

“Kami memerlukan makanan, selimut, keperluan asas lain dan paling penting akses kepadanya air yang boleh diminum serta tandas untuk mengelakkan penyakit seperti taun. Selain itu, khemah juga amat diperlukan kerana orang ramai kini hanya tidur di bawah pokok,” tambah Koita.

Menurut Koita, musim hujan yang akan bermula Jun ini juga dikhuatiri menyukarkan penghantaran bantuan kemanusiaan, menyebabkan penduduk tempatan dan pelarian perlu bersaing untuk mendapatkan sumber asas yang sudah semakin berkurangan.

Katanya, agensi-agensi bantuan juga kini bimbang tentang keupayaan mereka untuk memberikan sokongan kepada gelombang baharu pelarian yang dijangka terus meningkat menjelang bulan depan.

“Jika konflik di Sudan berterusan, kita juga akan melihat peningkatan dalam rompakan berskala besar dan konflik antara etnik.

“Bantuan pembiayaan amat penting untuk meningkatkan keupayaan kami membantu pelarian baharu.

“Kita juga perlu bersedia dengan kedatangan pelarian di Selatan Sudan Selatan, Ethiopia dan Mesir. Jumlah pelarian di negara-negara itu akan turut meningkat apabila krisis berterusan,” ujarnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya