Industri kulinari berkembang sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Industri kulinari berkembang sepanjang Ramadan

INDUSTRI kulinari dijangka berkembang sepanjang Ramadan di Indonesia. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Industri kulinari berpotensi potensi besar untuk pembangunan dan pertumbuhan dalam negara sepanjang bulan Ramadan. 

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Salahuddin Uno berkata, pemain industri kulinari boleh mengoptimumkan momentum ini untuk meningkatkan jualan produk mereka. 

“Pastinya inovasi, sasaran pasaran yang tepat, promosi dan perkhidmatan yang baik akan meningkatkan lagi jualan,” katanya kepada Antara. 

Ramadan di Indonesia tahun ini bermula pada 23 Mac lalu. 

Sandiaga menjangkakan pendapatan industri makanan meningkat 35 hingga 45 peratus sepanjang bulan puasa tahun ini.

“Justeru, pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus memanfaatkan peluang ini dengan cara dan sasaran yang betul supaya mereka boleh menjadikan Ramadan ini sebagai momentum untuk memajukan (perniagaan mereka),” katanya.

Tambahan pula, beliau menganggarkan penginapan, pengangkutan serta makanan dan minuman akan menjadi tiga perbelanjaan terbesar pelancong semasa cuti Aidilfitri.

Kerajaan juga menjadualkan tempoh cuti Aidilfitri bermula 19 April hingga 25 April 2023. 

Jumlah pengembara keluar Aidilfitri 2023 dijangka mencecah 123.8 juta orang.

Potensi pendapatan dalam sektor pelancongan dan ekonomi kreatif, termasuk kulinari, dianggarkan mencecah Rp100 trilion (AS$6.7 bilion atau RM29.6) hingga Rp150 trilion (AS$10.01 bilion atau RM44.6 bilion), menurut Uno.

Kementerian Perindustrian berkata, industri kulinari mencatatkan pertumbuhan positif dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Pada 2022, ia berkembang sebanyak 4.90 peratus tahun ke tahun (yoy) dan menjadi penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Indonesia dalam kategori industri pemprosesan bukan minyak dan gas, dengan 38.35 peratus, menurut kementerian itu.

“Industri ini diunjurkan berkembang sekitar 6.25 peratus (yoy) pada 2023 berbanding 2022. Saya menggalakkan semua pengembara melawat destinasi pelancongan dan menyumbang kepada ekonomi serantau semasa cuti Aidilfitri 2023 dengan membeli hidangan masakan tempatan dan produk ekonomi kreatif, ” tambah Sandiaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya