Hujan batu landa Toraja Utara - Utusan Malaysia

Hujan batu landa Toraja Utara

TANGKAP layar hujan batu yang dirakam penduduk Toraja Utara, Sulawesi Selatan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORAJA: Fenomena hujan batu melanda kawasan Toraja Utara di Sulawesi Selatan petang semalam.

Menurut Kompas.com, hujan batu itu dirakam oleh penduduk dan dimuat naik melalui laman sosial Facebook. 

Seorang penduduk bandar Rantepao dikenali sebagai Agung berkata, hujan batu itu berlaku sekitar pukul 5.45 petang (waktu tempatan) yang disertai hujan lebat dan angin kencang.

“Kedengaran bunyi kuat yang luar biasa dari bumbung rumah apabila hujan. Saya lihat di luar rumah ada butiran ais yang jatuh dari bumbung. Sebesar guli. Malah ada yang lebih besar,” kata Agung kepada Kompas.com.

“Hujan ais berlarutan, diikuti hujan biasa. Hujan ais itu turun agak lama, kira-kira setengah jam. Selepas hujan ais itu berhenti, hujan lebat pula turun,” kata Agung.

Pemerhati cuaca dari Stesen Meteorologi Toraja, Saefudin berkata, fenomena hujan batu itu berlaku hasil daripada pertumbuhan awan kumulonimbus dengan jangkauan luas sehingga 10 kilometer.

Beliau berkata, hujan batu kebiasaannya berlaku serentak ketika hujan lebat dan beberapa kawasan perkampungan lain di Toraja Utara turut melaporkan fenomena yang sama. 

“Daripada pemerhatian data imej satelit Himawari, terdapat fasa pertumbuhan awan kumulonimbus di seluruh wilayah Toraja.

“Dalam fasa matang inilah hujan lebat disertai kilat, angin kencang dan fenomena hujan batu berlaku apabila terdapat udara panas, lembap dan tidak stabil di permukaan bumi,” jelasnya.

Minggu lalu, hujan batu turut dilaporkan berlaku di wilayah Kota Pekanbaru di Riau yang mengejutkan ramai penduduk kerana kali terakhir melihat fenomena itu kira-kira 26 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya