Honda E diperkenal di Indonesia

Honda E diperkenal di Indonesia

KERETA elektrik model Honda E. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: PT Honda Prospect Motor secara rasmi memperkenalkan model Honda E di Indonesia.

Honda E merupakan kereta elektrik sebesar saiz model Honda Brio dengan menampilkan reka bentuk retro seperti Civic generasi pertama.

Meskipun sudah diperkenalkan, kereta elektrik kompak itu tidak boleh ditempah oleh pengguna.     

Pengarah Pemasaran PT HPM, Yusak Billy berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menjual model kereta Honda E dalam masa terdekat.

Katanya, HPM buat sementara waktu hanya mahu memperkenalkan teknologi elektrifikasi kecekapan tinggi kepada orang ramai khususnya menerusi kru pengamal media.

“Kami tidak bercadang melancarkannya namun hanya mahu memperkenalkan teknologi Honda E,” katanya ketika pembentangan produk di Karawang, Jawa Barat.    

Yusak mendakwa kereta Honda E itu mempunyai beberapa kelebihan terdiri daripada model kompak, teknologi canggih dan prestasi yang cukup menakjubkan dalam modelnya.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi menegaskan kereta elektrik itu tidak dijual lagi di Indonesia.       

Justeru, katanya, sehingga kini, harga kereta itu tidak didedahkan. 

“Kereta dilengkapi dengan teknologi canggih ini seronok untuk dipandu. Saya lagi diingatkan, ini bukan pelancaran, jadi jangan tanya harganya,” katanya.

Dilaporkan, Honda E pertama kali diperkenalkan dalam bentuk prototaip pada tahun 2017.     

Dua tahun kemudian, kenderaan elektrik itu secara rasmi diperkenalkan di Pameran Auto Frankfurt (FAS) 2019 di Jerman.

Honda E dibekalkan dengan bateri litium-ion berkuasa 35.5 kWh yang boleh dipandu sehingga 200 kilometer (km). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya