Harga makanan ruji di Indonesia turun menjelang Aidilfitri

Harga makanan ruji di Indonesia turun menjelang Aidilfitri

JOKOWI memeriksa harga makanan di Pasar Legi, bandar Solo di Jawa Tengah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sekali lagi melakukan tinjauan memeriksa harga barang keperluan asas di beberapa pasar dalam siri lawatan kerjanya di wilayah Jawa Tengah.

Lapor Kompas, pejabat presiden dalam kenyataan memaklumkan Jokowi kali ini membuat tinjauan di Pasar Legi di bandar Solo. 

Daripada hasil tinjauan itu, Jokowi memaklumkan harga barang keperluan asas sudah menurun.  

“Secara umumnya, harga sudah menurun ia melibatkan barang keperluan seperti telur, bawang merah dan bawang putih,” katanya dalam kenyataan.

Ketika tinjauan itu, Jokowi bersama cucunya, Jan Ethes Sinarendra, diiringi oleh Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo. 

Selain itu, Jokowi berkata, harga beras juga mengalami penurunan meskipun tidak terlalu ketara.

“Harga beras berkurangan, walaupun ia masih antara 300 hingga 400 rupiah.  

“Jadi, jika hasil tuaian padi meningkat, kami berharap harga boleh turun lagi supaya inflasi akan kekal lebih kecil,” katanya.

Menurut Jokowi, penurunan harga beberapa barang makanan sebahagian besar disebabkan oleh bekalan barang yang banyak.

Selain menyemak harga barang keperluan asas, Jokowi turut mengagihkan sejumlah bantuan sosial kepada peniaga di pasar itu.

Terdahulu, Jokowi melakukan tinjuan memeriksa harga makanan ruji di dua pasar lain iaitu Pasar Selo dan Pasar Cepogo di daerah Boyolali.

Sementara itu, Jokowi juga memaklumkan bekalan beberapa barang keperluan asas masih terkawal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya