SYDNEY: Gempa bumi kuat berukuran 7.0 skala Richter menggegarkan sebuah kawasan terpencil di barat laut Papua New Guinea, sebelum waktu subuh, hari ini.
Kejadian itu meruntuhkan beberapa rumah namun setakat ini tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGC), gempa bumi berlaku pada kedalaman 62 kilometer (km) berhampiran sistem Tasik Chambri di wilayah Sepik Timur.
“Setakat ini, beberapa rumah musnah namun kami bersyukur tiada kematian dilaporkan
“Malah, Tasik Chambri kini sedang menggelegak dan gempa susulan masih berlaku sekarang,” kata ahli parlimen kawasan itu, Johnson Wapunai menerusi laman sosialnya.
Ahli Parlimen itu menggesa orang ramai mengambil langkah berhati-hati dengan objek atau pokok tumbang selain sentiasa berwaspada dengan aktiviti seismik selanjutnya.
Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa bumi itu turut menggegarkan kawasan kira-kira 100 km sempadan timur pulau New Guinea iaitu Indonesia. – AFP