Ekonomi sama rata Indonesia, Jerman dan EU

Ekonomi sama rata Indonesia, Jerman dan EU

JOKOWI (kiri) bersama Olaf Scholz dalam mesyuarat dua hala di Lower Saxony di Hannover, Jerman. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menekankan keperluan untuk merealisasikan hubungan ekonomi yang sama rata di antara republik ini, Jerman serta dengan Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, perkara tersebut disuarakan oleh Jokowi dalam mesyuarat dua hala bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz.

Oleh itu, katanya, pelbagai peraturan dikenakan oleh EU yang menghalang kesejahteraan awam harus diperbaiki.

“Selain itu, Presiden Jokowi juga meminta sokongan Jerman untuk memuktamadkan rundingan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CEPA) Indonesia-EU,” katanya dalam kenyataan sepertimana dilaporkan portal Antara.

Mesyuarat dua hala itu diadakan di Lower Saxony di Hannover, Jerman pada Ahad lalu.

Menurut Retno, semasa mesyuarat itu, Jokowi turut mengalu-alukan kolaborasi jawatankuasa bersama Indonesia-Jerman mengenai ekonomi dan pelaburan.

Katanya, Jokowi memaklumkan pelaburan Jerman di Indonesia harus menumpukan kepada beberapa sektor keutamaan.

“Pelaburan Jerman di republik ini mesti memberi tumpuan kepada keutamaan seperti sektor berorientasikan eksport, tenaga boleh diperbaharui dan hiliran,” katanya.

Tambah beliau, Jokowi turut menekankan kepentingan pelaburan Jerman dan pemindahan teknologi semasa pertemuan dengan Scholz.       

Sementara itu, Retno memaklumkan beberapa perjanjian kerjasama  antara kerajaan dengan kerajaan (G-to-G) dan perniagaan dengan perniagaan (B-to-B) dimeterai semasa lawatan Jokowi ke Jerman.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya