China lancar roket pengangkut bawa satelit ke orbit

China lancar roket pengangkut bawa satelit ke orbit

Malaysia akan membina sendiri tapak pelancaran roket untuk menghantar satelit ke orbit seperti dilaksanakan negara lain. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China melancarkan sebuah roket pengangkut baharu ke angkasa lepas bertujuan menghantar satelit ke orbit sepertimana dirancang oleh negara itu.       

Lapor agensi berita Xinhua, roket TL-2 Y1 yang membawa satelit berkenaan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.

Roket itu dilancarkan tepat pada pukul 4.48 petang (waktu tempatan), semalam.

Menurut laporan, penerbangan itu akan menentukan keseluruhan program roket dan penyelarasan antara sistem.

Malah, ia juga mampu memperoleh parameter persekitaran penerbangan.

Dilaporkan, satelit tersebut akan digunakan dalam eksperimen pengesanan pengimejan jarak jauh dan pengesahan teknikal lain.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya