China kerah tentera laut bawa pulang rakyat dari Sudan

China kerah tentera laut bawa pulang rakyat dari Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengerahkan pasukan tentera laut untuk membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Sudan.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Tan Kefei.

“Baru-baru ini, situasi dan aspek keselamatan didapati semakin merosot. Justeru, pasukan tentera laut dikerahkan untuk melindungi nyawa dan harta benda rakyat China di Sudan,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kapal yang terlibat dalam operasi membawa pulang rakyat negaranya.

Isnin lalu, China memaklumkan pihaknya berjaya memindahkan kumpulan pertama rakyat membabitkan seramai 1,500 warganya dari Sudan.

Semalam, ketua hal ehwal konsular di kementerian luar memaklumkan kepada stesen penyiar televisyen CCTV bahawa lebih 1,100 warga China termasuk penduduk Hong Kong berjaya dibawa pulang.

Dilaporkan, China merupakan rakan dagangan terbesar Sudan, dengan lebih 130 syarikat melabur di negara itu pada pertengahan tahun lalu.

Sementara itu, jurucakap kementerian luar, Mao Ning berkata, kira-kira 800 warga China akan dibawa pulang dari Sudan melalui laluan laut bermula Selasa lalu.

“Lebih 300 rakyat merentas ke negara-negara bersempadan dengan Sudan melalui jalan darat,” katanya.

Pertempuran yang berterusan antara angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) mencetuskan krisis kemanusiaan, membunuh 512 orang, mencederakan lebih 4,000 yang lain selain memerangkap jutaan rakyat Sudan tanpa akses kepada perkhidmatan asas.

Banyak negara berusaha membawa keluar kakitangan kedutaan dan rakyat melalui jalan darat, laluan udara dan laut dari Sudan.

Operasi evakuasi dipergiatkan sejak kebelakangan ini ketika gencatan senjata selama 72 jam berkuasa kuasa pada Selasa lalu.

Namun, masih pertempuran masih berlaku di seluruh negara dengan penduduk menyatakan beberapa serangan udara di timur ibu negara Khartoum. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya