BEIJING: China melancarkan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan selama tiga hari yang dianggap ‘amaran keras’ kepada kerajaan pulau itu berikutan pertemuan di antara Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen dan Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy.
Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) berkata, operasi itu digelar Pedang Tajam Bersatu.
Operasi selama tiga hari itu, menurut media China adalah termasuk latihan mengepung Taiwan yang bermula pada hari Sabtu.
Bagaimanapun, Ing-wen segera mengecam latihan itu dan berjanji untuk bekerjasama dengan AS dan negara lain yang sealiran dalam mendepani pengembangan kuasa autoritarian yang berterusan.
Jurucakap PLA, Shi Yin berkata, ‘permainan’ perang China berbentuk menghantar pesawat, kapal dan tentera ke kawasan maritim serta ruang udara Selat Taiwan.
Laporan dari CCTV penyiar negeri China berkata, pasukan keselamatan secara serentak mengatur rondaan dan bergerak maju di sekitar pulau Taiwan, membentuk pengepungan yang menyeluruh dan postur pencegahan.
Laporan itu seterusnya memperincikan jenis persenjataan yang sedang dilakukan China, termasuk artileri roket jarak jauh, kapal pemusnah tentera laut, bot peluru berpandu, pejuang tentera udara, pengebom, jammer dan bahan bakar.
Tangkapan layar skrin tanpa tarikh daripada video yang dikeluarkan pada 8 April 2023 oleh Kementerian Pertahanan Negara (MND) Taiwan menunjukkan anggota tentera Taiwan di lokasi yang tidak didedahkan, sebagai satu tindak balas kepada latihan tentera China di sekitar pulau itu.
Kementerian pertahanan Taiwan turut mengeluarkan video yang menunjukkan askar memuatkan pelancar peluru berpandu antipesawat, jet pejuang yang berlepas dan latihan kesediaan tentera yang lain.–CNA