Budak 10 tahun timang bola 8,147 kali dalam sejam

Budak 10 tahun timang bola 8,147 kali dalam sejam

TANG Jinfan memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan menimang bola sebanyak 8,147 kali dalam masa sejam. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dari China berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan melakukan timangan bola yang paling banyak.

Lapor portal UPI, Tang Jinfan berjaya menimang bola sebanyak 8,147 kali dalam masa sejam.

Tang meraih pengiktirafan itu bagi jumlah timangan bola (bola sepak) terbanyak dengan kedua-dua kakinya dalam tempoh sejam.

Menurut Tang, dia memutuskan untuk mencuba cabaran itu setelah mendapat galakan jurulatihnya, Lin Xiaozhong yang mengambil tahu mengenai kemahirannya menimang bola dengan baik.

“Di kelab bola sepak kami, ramai rakan sepasukan mampu menimang bola lebih 1,000 kali dengan kedua-dua kaki, tetapi saya adalah yang terbaik,” katanya.

Setelah mengikut nasihat jurulatihnya, Tang meletakkan sasarannya untuk memecahkan rekod dunia.

Tambah Tang, dia berharap dapat melanjutkan pengajian di Universiti Shenzhen.

“Saya juga berharap menyertai mana-mana pasukan bola sepak profesional dan bermain untuk pasukan kebangsaan China dalam Piala Dunia,” katanya. 

Sementara itu, menurut laman sesawang Rekod Dunia Guinness, Tang mula mengenali sukan menimang bola sejak menyertai kem bola sepak musim panas di sekolahnya. 

Menerusi bimbingan jurulatihnya, dia mula mengasah bakat dan menguasai teknik menimang bola dengan lebih baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya