Bot penumpang terbalik di barat Indonesia, 11 maut

Bot penumpang terbalik di barat Indonesia, 11 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIAU: Sebuah bot laju yang membawa kira-kira 80 penumpang karam di perairan wilayah Riau di barat Indonesia semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut dan sembilan lagi hilang, dikhuatiri terperangkap di dalam bot berkenaan.

Bot laju SB Evelyn Calisca 01 karam di perairan Pulau Burung di daerah Indragiri Hilir pada pukul 4 petang waktu tempatan, iaitu 30 minit selepas meninggalkan pelabuhan berdekatan.

Ketua pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wilayah, I Nyoman Sidakarya, berkata bot berkenaan dalam perjalanan ke pelabuhan Tanjung Pinang.

“Jumlah mangsa yang maut dan mereka yang hilang mungkin bertambah kerana bot berkenaan membawa muatan berlebihan manakala nama sebahagian besar penumpang tidak disenaraikan dalam jadual perjalanan.

“Kira-kira 58 penumpang berjaya diselamatkan setakat ini oleh pasukan SAR membabitkan anggota tentera, polis dan sukarelawan,” katanya.

Jurucakap di pejabat SAR di Riau, Kukuh Widodo, memberitahu Xinhua melalui telefon bahawa pihaknya akan menunggu laporan orang hilang daripada keluarga atau rakan mangsa sebelum dapat menentukan jumlah sebenar mangsa.

“Ini mungkin mengambil masa beberapa hari. Bot laju berkenaan memang jauh terlalu kecil untuk membawa 80 penumpang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya