Bekas ahli politik Sudan terlepas dari penjara - Utusan Malaysia

Bekas ahli politik Sudan terlepas dari penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Seorang bekas ahli politik Sudan yang dipenjarakan atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan mendedahkan bahawa beliau dan bekas pegawai lain sudah melarikan diri.

Lapor BBC, Ahmad Harun adalah antara mereka yang ditahan di penjara Kober di ibu negara Khartoum berikutan pertuduhan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Muncul laporan awal minggu ini mengenai banduan yang lari dari penjara di Kober di mana Ahmad sedang menjalani hukuman bersama bekas Presiden Sudan, Omar al-Bashir.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Tayba TV, Ahmad berkata, mereka yang berkhidmat di bawah pentadbiran Omar sudah meninggalkan penjara tetapi beliau bersedia untuk hadir di hadapan badan kehakiman apabila ia kembali berfungsi kelak.

Dalam mesej audio yang tersebar di media sosial, Ahmad mendakwa memutuskan untuk keluar dengan bantuan pengawal penjara dan angkatan tentera.

“Kami membuat keputusan untuk melindungi diri kami kerana kekurangan keselamatan, air, makanan dan rawatan serta kematian ramai banduan di Kober,” kata Ahmad kepada akhbar harian al-Sudani yang diketahui mempunyai hubungan dengan Omar.

Omar digulingkan oleh tentera selepas protes besar-besaran pada tahun 2019 dan menjalani hukuman penjara kerana rasuah.

Tentera Sudan berkata, lelaki berusia 79 tahun itu kini berada di hospital tentera dan sudah dipindahkan ke lokasi tersebut sebelum pergolakan antara puak tentera tercetus.

Omar dituduh oleh ICC mengetuai kempen pembunuhan beramai-ramai dan rogol di wilayah Darfur Sudan yang dinafikannya.

Sementara itu, Ahmad berdepan 20 pertuduhan jenayah kemanusiaan dan 22 pertuduhan jenayah perang yang juga didakwa dilakukan di wilayah Darfur antara 2003 dan 2004 ketika beliau berkhidmat sebagai menteri dalam negeri.

Tuduhan itu termasuk pembunuhan, rogol, penganiayaan dan penyeksaan.

Ahmad juga sebelum ini menafikan tuduhan ICC yang dikenakan ke atasnya pada tahun 2007 namun dia ditahan pada 2019 berikutan rampasan kuasa terhadap Omar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya