Bapa, anak temukan sotong kurita gergasi di UK - Utusan Malaysia

Bapa, anak temukan sotong kurita gergasi di UK

ZIGGY Austin menunjukkan sotong kurita gergasi yang ditemukan di pantai Torquay di Devon,UK.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki dan anak perempuannya terkejut selepas menemukan seekor sotong kurita gergasi terdampar di kawasan pantai Devon di United Kingdom (UK) ketika sedang memancing di kawasan tersebut.

Lapor Mirror UK, Ziggy Austin sedang memancing di Hope’s Nose di sepanjang pantai Torquay  apabila dia dan anak perempuannya, Lauren ternampak objek luar biasa terapung di laut namun menyangkakannya jaring ikan yang rosak.

“Dari tepi pantai saya sudah melihatnya, kemudian ombak besar datang dan menggerakkannya, saya terkejut melihat rupa-rupanya ia adalah sotong kurita.

“Jadi saya turun ke tepi batu, menariknya menggunakan hujung joran saya dan kemudian Lauren berjaya mencapai janggutnya dan kami terus menyeretnya ke atas pasir. Ramai pemancing yang berada di situ juga teruja dan bergambar dengan sotong itu,” jelasnya.

Sebagai seorang guru sains, penyelam skuba dan pengembara, Austin mengakui banyak melihat hidupan laut namun tidak pernah menemui sotong kurita dengan saiz gergasi seperti itu.

“Sotong jenis ini biasanya berukuran kira-kira 30 hingga 91 sentimeter (sm) tetapi apa yang saya lihat di Hope’s Nose mungkin mencecah dua meter lebar dan beratnya melebihi 10 kilogram. Sotong ini pastinya terbesar yang pernah saya lihat,” katanya.

Malangnya, Austin berkata, sotong kurita gergasi itu sudah mati ketika ditemui dan dia percaya haiwan laut dalam itu mungkin dimakan oleh anjing laut yang kerap mencuri ikan dari tali nelayan.

“Ia sudah mati tetapi ia masih utuh, jadi sotong ini benar-benar segar. Anjing laut itu pasti menggigit kepalanya. Otaknya pasti besar,” jelasnya.

Austin bercadang membawa sotong kurita berkenaan ke dalam kelas untuk menunjukkan kepada pelajarnya spesimen yang menakjubkan itu dan mungkin akan memasaknya. 

“Saya pernah muncul dalam rancangan Come Dine With Me edisi Torquay dan memenangi acara masakan itu beberapa tahun lalu. Jadi saya akan memasak sesuatu yang istimewa dengan spesimen yang cantik ini selepas berkongsi video mengenainya di saluran Facebook Live serta Youtube,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya