Bank England mula cetak wang kertas potret Raja Charles III 

Bank England mula cetak wang kertas potret Raja Charles III 

SARAH John memegang sekeping wang kertas baharu yang memaparkan imej Raja Charles III. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bank of England mula mencetak berjuta-juta wang kertas baharu yang menampilkan imej wajah pemerintah Britain, Raja Charles III.

Bagaimanapun, wang kertas baharu itu dilaporkan tidak akan diedarkan sehingga musim panas 2024.

Lapor Daily Mail, raja berusia 74 tahun itu merupakan anggota kerabat diraja Britain kedua yang imej wajahnya dipaparkan pada wang kertas.   

Pada Disember tahun lalu, Bank of England mendedahkan potret Raja Charles III bagi cetakan wang kertas itu yang dibekalkan oleh Istana Buckingham pada 2013 dan dikemas kini selama bertahun-tahun.   

Potret Raja Charles tanpa mahkota, akan dipaparkan pada semua wang kertas bernilai 5 Pound, 10 Pound, 20 Pound dan 50 Pound.  

Walaupun Bank of England sudah memulakan proses mencetak berjuta-juta wang kertas baharu itu, ia hanya akan digunakan lebih setahun kemudian.

Sementara itu, Ketua Juruwang Bank of England, Sarah John berkata, tempoh masa setahun lebih itu akan memberi peluang kepada peniaga untuk mengemas kini mesin mereka bagi mengenali reka bentuk wang kertas baharu.

“Banyak lagi perlu dilakukan untuk memastikan mesin digunakan peniaga boleh menerima wang kertas baharu.

“Ia perlu disesuaikan untuk mengenali reka bentuk baharu, dengan perisian kemas kini yang mana sudah tentu akan mengambil masa selama berbulan-bulan.

“Semua ini perlu dilakukan, jika tidak wang kertas baharu itu tidak dapat digunakan oleh orang ramai,” katanya.     

Tambah John, wang kertas semasa yang memaparkan potret mendiang Ratu Elizabeth II akan kekal sah sehingga wang kertas baharu itu memasuki edaran tahun depan.  

Upacara pertabalan Raja Charles III bakal berlangsung pada 6 Mei depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya