50,783 orang disahkan maut gempa bumi Turkiye

50,783 orang disahkan maut gempa bumi Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Seramai 50,783 orang dilapokan terkorban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye pada awal tahun ini.

Lapor Agensi Anadolu, perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu dalam satu temubual bersama saluran CNN Turk.

“Pada masa ini, terdapat 297 laporan orang hilang dengan 30 daripadanya berusia di bawah enam tahun.

“Seramai 20 orang berusia antara 7 hingga 12 dan 36 dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.

“Daripada laporan itu, seramai 86 adalah kanak-kanak hilang dan bakinya orang dewasa,” katanya.

Menurut Suleyman, seramai 7,302 warga asing maut dalam gempa bumi tersebut.

Beliau berkata, proses pengecaman identiti 985 orang masih sedang dijalankan.

Katanya, sampel ujian asid deoksiribonukleik diambil daripada pemohon dari Idlib, Afrin, Jarablus, Azez dan Mare semasa proses pengecaman.

“Kami cuba memadankan sampel mereka. Jadi bukan semua 985 orang itu adalah rakyat Turkiye. Ada juga warga asing dalam kalangan mereka.

“Malah, ada tinggal bersendirian dan ada yang tidak mempunyai saudara mara. Itulah sebabnya, terdapat beberapa kes yang kami tidak dapat DNA,” katanya.

Pada 6 Februari lalu, gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud yang berpusat di Kahramanmaras, turut menggegarkan 10 wilayah lain termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye, Elazığ dan Şanlıurfa.

Lebih 13 juta penduduk yang tinggal di kawasan itu terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya