400 rakyat Palestin ditahan, polis Israel serang jemaah Masjid Al-Aqsa - Utusan Malaysia

400 rakyat Palestin ditahan, polis Israel serang jemaah Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATULMUQADDIS: Polis Israel menyerang dan menangkap lebih 400 jemaah Palestin dalam serbuan ganas di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki.

Menurut pegawai tempatan, ratusan rakyat Palestin ditangkap awal pagi tadi dan ditahan di balai polis di Atarot di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki selepas polis Israel menyerang para jemaah konon untuk menahan pemberontak bertopeng yang mengunci diri di dalam masjid itu dengan bunga api, kayu dan batu.

Saksi Palestin berkata, polis Israel menggunakan kekerasan yang berlebihan apabila mereka mula melempar bom tangan dan gas pemedih mata ke arah para jemaah yang sedang menunaikan solat dan bertadarus al-Quran

Lapor Al Jazeera, mereka turut bertindak kejam memukul para jemaah menggunakan belantan dan senapang hingga menyebabkan kecederaan dan sesak nafas.

Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan terdapat 12 kecederaan, termasuk tiga orang yang terpaksa dikejarkan ke hospital.

Tentera Israel dilaporkan turut menghalang pegawai perubatannya daripada sampai ke masjid Al-Aqsa.

Serbuan berterusan sehingga pagi Rabu apabila tentera Israel sekali lagi dilihat menyerang dan menolak penduduk Palestin keluar dari perkarangan masjid dan menghalang mereka daripada solat, sebelum orang Israel dibenarkan masuk di bawah perlindungan polis.

Ketegangan memuncak di Baitulmuqaddis Timur dan Tebing Barat yang diduduki selama berbulan-bulan.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh mengutuk serangan terbaru ke atas rakyatnya yang disifatkan sebagai jenayah.

“Apa yang berlaku di Baitulmuqaddis adalah jenayah besar terhadap umat Islam. Solat di Masjid Al-Aqsa bukanlah dengan izin zionis Israel, tetapi ia adalah hak kami.

“Al-Aqsa adalah untuk rakyat Palestin dan untuk semua orang Arab dan umat Islam. Serangan ini akan menjadi percikan revolusi menentang pendudukan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya