12 mayat ditemukan dibunuh bomoh

12 mayat ditemukan dibunuh bomoh

SUSPEK Mbah Slamet dibawa ke lokasi penemuan mayat di kampung Balun di Banjarnegara, Jawa Tengah. - AGENSI    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penduduk sekitar Banjarnegara, Jawa Tengah dikejutkan dengan penemuan 12 mayat di sebuah ladang di kampung Balun, daerah Wanayasa.

Lapor Kompas.com, kesemua mangsa itu dibunuh oleh suspek Tohari, 45, yang dikenali sebagai Mbah Slamet yang mendakwa merupakan bomoh pengganda wang.

Mbah Slamet ditahan polis di rumahnya bersama seorang pembantu yang mempromosikan perkhidmatan penggandaan wang di media sosial.

Suspek didakwa melakukan pembunuhan itu sejak tahun 2020.

Kesemua mangsa diperdaya suspek yang kononnya mampu menggandakan wang daripada jutaan kepada berbilion rupiah. 

Dilaporkan, mangsa dibunuh kerana meminta semula wang mereka yang diserahkan kepadanya untuk dilipatgandakan. 

Mangsa dibunuh setelah diberi minuman ringan bercampur racun potas dan ubat pelali.

Bagi memadamkan bukti, suspek mengebumikan semua mangsa berkenaan di ladangnya.

Suspek memilih untuk mengebumikan mangsa di ladang miliknya kerana dianggap selamat.

Malah, suspek dilaporkan turut membakar kad pengenalan mangsa agar tidak ditangkap. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya