Yoga akan diperkenalkan di universiti Arab Saudi

Yoga akan diperkenalkan di universiti Arab Saudi

ORANG ramai menghadiri kelas yoga di sebuah pulau kecil di tasik Hakka, UAE. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi bakal memperkenalkan kelas yoga di universiti di negara itu bagi tujuan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan pelajar.

Lapor Gulf Insider, Presiden Jawatankuasa Yoga Saudi (SYC), Nouf Al-Marwaai berkata, beberapa perjanjian akan ditandatangani dengan universiti-universiti utama bagi merealisasikan usaha itu.

“Perjanjian itu dimeterai untuk menyokong dan mempromosikan senaman yoga dalam beberapa bulan akan datang,” katanya pada sesi perbincangan bertajuk `Pembangunan dan Promosi Permainan Sukan Baharu di Universiti.

Menurut Nouf, pihaknya berusaha memperkenalkan yoga di universiti serta menekankan kepentingan mengamalkan senaman itu untuk kesihatan.      

Malah, katanya, pengenalan yoga di universiti adalah tindakan yang amat efektif.

 Jelas beliau, yoga bukan sekadar proses meditasi dan menenangkan tetapi turut merangkumi latihan postur dan teknik pernafasan.

“Ia termasuk latihan postur Asana, teknik pernafasan Pranayama, kawalan otot Bandhas serta meditasi Dhayan dan Yoga Nidra,” katanya.

Selain itu, Nouf berkata, pengenalan yoga di institusi pendidikan tinggi juga bertujuan untuk mencari lebih ramai bakat baharu dalam semua jenis yoga atau sukan Yogasana.

“Ini adalah platform untuk mengasah bakat pelajar serta memberi sokongan kepada mereka untuk mengambil bahagian dan mewakili negara dalam kejohanan tempatan dan antarabangsa,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya