Wyoming negeri pertama AS haramkan pil gugur kandungan

Wyoming jadi negeri pertama AS haramkan pil gugur kandungan

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Wyoming dilaporkan menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang mengharamkan penggunaan pil gugur kandungan.

Ia merupakan langkah terbaharu dalam usaha negara pimpinan konservatif untuk menarik balik akses kepada penguguran.

Selepas menandatangani larangan ke atas pil gugur kandungan, Gabenor Wyoming Mark Gordon menggesa penggubal undang-undang untuk bertindak dengan mencadangkan larangan pengguguran secara menyeluruh dimasukkan ke dalam Perlembagaan negeri sebelum dibentangkan untuk kelulusan.

“Saya percaya perkara ini perlu diputuskan secepat mungkin supaya isu pengguguran di Wyoming dapat diselesaikan, malah, ia sebaiknya dilakukan dengan undian rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Tindakan itu dibuat di tengah-tengah usaha kumpulan anti-pengguguran yang berusaha membawa larangan sepenuhnya ke atas pengguguran susulan keputusan Mahkamah Agung pada tahun lalu.

Turut dinanti-nantikan adalah keputusan mahkamah Persekutuan di Texas yang mana hakim dijangka membuat keputusan segera mengenai kemungkinan larangan terhadap pil pengguguran yang digunakan secara meluas.

Pil mifepristone diluluskan untuk kegunaan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) lebih sedekad lalu dan tersedia secara sah selama bertahun-tahun.

Hakim di mahkamah Texas, Matthew Kacsmaryk dijangka memutuskan pil pengguguran dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara.

Penggubal undang-undang Texas juga mempertimbangkan cadangan penyedia perkhidmatan internet di negeri itu untuk menyekat akses ke laman web yang mana pil tersebut dijual melalui pos.

Sejak Mahkamah Agung AS tahun lalu membatalkan keputusan 1973 yang menetapkan pengguguran sebagai hak Perlembagaan, aktivis anti-pengguguran mencari jalan untuk mengekalkan larangan di seluruh negara.

Menurut Institut Guttmacher, setakat ini, kira-kira 15 negeri sudah menyekat akses kepada pil mifepristone dengan memerlukan doktor untuk menyediakannya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya