WHO gesa negara dedah maklumat asal usul Covid-19

WHO gesa negara dedah maklumat asal-usul Covid-19

TEDROS ADHANOM GHEBREYESUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa semua negara untuk tampil mendedahkan maklumat yang diketahui mengenai asal-usul Covid-19.

Gesaan itu dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) mendakwa virus Covid-19 mungkin disebabkan kebocoran dari makmal China, yang menimbulkan kemarahan dan penafian dari Beijing. 

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, mana-mana negara yang mempunyai maklumat asal-usul wabak itu perlu mendedahkannya kerana ia penting untuk pihaknya dan komuniti saintifik antarabangsa. 

“Tindakan itu bukan untuk menuding kesalahan tetapi bagi mengembangkan lagi pengetahuan kita mengenai bagaimana pandemik ini bermula supaya boleh mencegah, bersiap sedia dan bertindak balas sekiranya berlaku pandemik dan epidemik pada masa depan.

“Malah, WHO juga tidak pernah meninggalkan sebarang usaha untuk mengenal pasti asal-usul pandemik Covid-19,” katanya.

Baru-baru ini, Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray dalam wawancara bersama Fox News menyatakan pihaknya melakukan penilaian mengenai sumber pandemik Covid-19 dan mendapati `ia kemungkinan besar disebabkan insiden makmal di Wuhan’.

Jangkitan pertama koronavirus baharu SARS-CoV-2 itu dikatakan pertama kali muncul di bandar Wuhan di tengah China pada akhir 2019 dan merebak dengan cepat ke seluruh dunia.          

Pihak berkuasa China menafikan dakwaan FBI dan menyifatkannya sebagai kempen memburukkan Beijing.

Pada tahun 2021, agensi kesihatan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menubuhkan Kumpulan Penasihat Saintifik Patogen Baharu (SAGO) untuk menyiasat asal usul pandemik tersebut. – AFP 

Sementara itu, Ghebreyesus menegaskan pihaknya masih menggesa China bersikap lebih telus dalam perkongsian data dan menjalankan penyiasatan diperlukan serta berkongsi hasil keputusannya.  

Malah, katanya, beliau juga sudah menulis dan bercakap dengan pemimpin kanan China mengenai perkara itu pada beberapa kesempatan.

“Jadi, sehingga itu, semua hipotesis mengenai asal-usul virus itu kekal dibincangkan.

“Namun, tindakan mempolitikkan penyelidikan asal-usul itu menyukarkan lagi kerja-kerja saintifik sekaligus menjadikan dunia kurang selamat,” katanya. – AFP   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya