Tugu monumen Reog Ponorogo akan dibina

Tugu monumen Reog Ponorogo akan dibina

KHOFIFAH diiringi oleh Sugiri hadir pada majlis peletakan batu asas pembinaan tugu patung MRP di daerah Sampung, Ponorogo, wilayah Jawa Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa merasmikan majlis peletakan batu asas pembinaan tugu patung Monumen Reog Ponorogo (MRP), baru-baru ini.

Reog Ponorogo pernah menjadi pertikaian negara tetangga apabila Indonesia mendakwa patung permainan tradisi itu adalah hak milik mutlak mereka dan bukannya komuniti Jawa di Johor, Malaysia.

Lapor Kompas.com, projek tugu berkenaan akan dibangunkan di sebuah tapak bekas kuari batu kapur di daerah Sampung, Ponorogo.

Ketika meletakkan batu asas tersebut, Khofifah mengakui pembinaan monumen ikonik itu memerlukan pelaburan besar yang berjumlah 85 bilion Rupiah (RM24.8 juta).

“Projek ini memang memerlukan pelaburan besar, justeru kami memohon doa restu semua pihak,” katanya di lokasi majlis peletakan batu asas MRP. 

Menurut beliau, kerajaan pusat juga harus turut sama membiayai kos projek itu bagi mempercepatkan pembinaan monumen tersebut.  

Jelas Khofifah, Ketua Daerah (Bupati) Ponorogo, Sugiri Sancoko sebelum ini sudah membentangkan projek pembinaan tugu Reog Ponorogo kepada Agensi Perancangan Pembangunan Nasional (Bappenas) dan Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi Indonesia.    

Katanya, pembinaan monumen itu juga turut termasuk dalam kategori memajukan sektor pelancongan Jawa Timur, bersama beberapa projek lain seperti Selingkar Wilis dan laluan lingkar selatan.

“Bukan itu sahaja, pemerintah wilayah Jawa Timur sering bertemu dengan pelabur untuk pembinaan infrastruktur sokongan lain seperti hotel dan taman permainan,” katanya.

Sementara itu, Sugiri berkata, projek pembinaan tugu monumen Reog Ponorogo adalah untuk melindungi warisan budaya masyarakat.   

Malah, katanya, projek pembinaan monumen itu juga menerima sokongan dana daripada pemerintah wilayah Jawa Timur sebanyak 30 bilion Rupiah (RM8.78 juta).

Dilaporkan, mercu tanda tugu Reog Ponorogo bakal mempunyai ketinggian 126 meter. 

Projek pembinaan monumen itu dijangka siap pada tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya