Tiada larangan jual beli pakaian terpakai

Tiada larangan jual beli pakaian terpakai           

PENIAGA tidak dibenarkan mengimport pakaian terpakai dari luar negara. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia tidak mengenakan sebarang larangan urusan jual beli pakaian terpakai di dalam negara itu.

Namun, Ketua Pengarah PKTK Kementerian Perdagangan, Moga Simatupang berkata, kerajaan hanya mengharamkan pengimportan pakaian berkenaan.

“Apa yang kita menyekat adalah import pakaian terpakai dan ia termaktub dalam Peraturan Menteri Perdagangan Nombor 18 Tahun 2021,” katanya kepada Detik.com.

Kata beliau, ini bermakna tiada larangan dikenakan bagi peniaga yang menjual pakaian terpakai.

Namun, jelasnya, para peniaga hanya tidak dibenarkan mengimport pakaian terpakai dari luar negara.

Sehubungan itu, Moga berkata, setakat ini, kerajaan tidak mempersoalkan pasaran besar yang menjual pakaian terpakai di republik ini seperti Pasar Senen di Jakarta atau Pasar Gedebage di Bandung.

“Jadi, tiada masalah kerana apa yang dilarang adalah import produk terpakai bukan jualan.

“Malah, produk terpakai seperti pakaian, kasut, kereta dan barangan lain semuanya menjejaskan industri tempatan,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan import pakaian terpakai harus dihentikan.

Ini kerana, katanya, pakaian terpakai yang diimport mengganggu industri tekstil domestik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya