Rakyat digesa semak, sahkan diri sebagai pengundi - Jokowi

Rakyat digesa semak, sahkan diri sebagai pengundi – Jokowi

PEGAWAI Pantarlih mengesahkan maklumat peribadi Jokowi di Istana Merdeka, Jakarta. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menggesa rakyat melakukan semakan dan pengesahan diri sebagai pengundi untuk Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024.  

Lapor portal Antara, Jokowi berkata, proses semakan data itu boleh dilakukan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).

“Saya dan isteri saya, Iriana disenaraikan sebagai pengundi untuk Pemilu 2024.

“Justeru, saya menggesa orang ramai juga menyemak sama ada nama mereka sudah didaftarkan sebagai pengundi di laman sesawang KPU,” katanya ketika berada di Istana Merdeka.

Jokowi membuat kenyataan itu selepas seorang pegawai jawatankuasa pendaftaran pengundi (Pantarlih) mengesahkan maklumat peribadi beliau dan isterinya.

Sebelum ini, KPU memaklumkan orang ramai boleh melakukan semakan dan pengesahan maklumat peribadi mereka mulai 12 Februari sehingga semalam.

Sehubungan itu, Jokowi meminta rakyat segera mendaftarkan diri di pejabat KPU wilayah masing-masing sekiranya tidak menemukan nama atau nombor kad pengenalan di laman sesawang cekdptonline.kpu.go.id.  

Bagi rakyat Indonesia yang tinggal di luar negara, mereka boleh melakukan semakan nama dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau pasport di laman sesawang itu.

Hasil carian akan memaparkan nama pengundi dan pusat mengundi yang disenaraikan.

Dilaporkan, Jokowi dan isterinya didaftarkan sebagai pengundi di Kampung Gambir.

Mengikut Undang-Undang Nombor 7 Tahun 2017 mengenai pilihan raya umum, Kementerian Dalam Negeri mengemukakan senarai bakal pengundi Pemilu 2024 yang menetap di Indonesia kepada KPU.

Data itu terdiri daripada 204,656,053 orang yang merangkumi 102,181,591 lelaki dan 102,474,462 wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya