JAKARTA: Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) melaporkan puluhan rumah terjejas dan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan berikutan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Jakarta sejak beberapa hari lalu.
Ketua Pusat Data dan Informasi BPBD Jakarta, Moh Insaf berkata, kawasan timur, barat dan selatan negara itu ditenggelami air sejak Isnin lalu.
“Banjir terburuk berlaku di wilayah Kampung Melayu di Jakarta Timur.
“Ketinggian air yang dicatatkan mencapai satu meter. Banjir tersebut disebabkan oleh hujan dengan intensiti tinggi dan limpahan sungai Ciliwung.
Jelas beliau, hujan lebat menyebabkan peningkatan status waspada ke tahap tiga bagi Pintu Air Manggarai, Pintu Air Pasar Ikan, dan Pintu Air Karet.
“Agensi berkaitan sudah menyedut air bagi mempercepatkan banjir surut.
“Namun kami menyeru orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan potensi banjir mungkin akan kembali berlaku,” jelasnya.-AGENSI