Pendidikan Pancasila gagal tarik minat pelajar - Utusan Malaysia

Pendidikan Pancasila gagal tarik minat pelajar

PENDIDIKAN formal Pancasila di Indonesia masih gagal dihayati dan disematkan sebagai falsafah pemikiran oleh golongan pelajar.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pendidikan Pancasila atau dasar negara Indonesia secara formal  dianggap gagal kerana tidak mampu menarik minat dan menyedarkan pelajar di negara itu. 

Pengarah Pusat Kajian Pemikiran Pancasila daN Ketua Pegawai Eksekutif Silapedia, Syaiful Arif berkata, jika Pancasila difahami dan dihayati oleh pelajar di Indonesia, radikalisme sepatutnya sukar untuk berkembang di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Seminar Kajian Pemikiran Pancasila yang diadakan oleh Institut Pengajian dan Falsafah Islam, Silapedia serta Program Pengajian Falsafah dan Tamadun Universiti Paramadina kelmarin.

“Pendidikan formal Pancasila telah gagal! Kenapa? Kerana Pancasila tidak diperkenalkan sebagai khazanah pemikiran, maka ramai yang tidak tertarik dengan Pancasila dan tidak memahaminya.

“Akibat pengenalan Pancasila yang kurang menarik dan menyinari walaupun pendidikan Pancasila diberikan di sekolah dan universiti, manfaatnya tidak terasa. Malah, radikalisme masih berkembang,” katanya.

Tegas beliau, pendidikan Pancasila yang diajarkan secara formal tidak boleh dipisahkan dari falsafah pemikiran dan harus disematkan dalam tradisi masyarakat.

“Salah satu pemikiran tentang Pancasila disumbangkan oleh Profesor Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta iaitu Profesor Notonagoro.

“Notonagoro secara ilmiah merumuskan intipati Pancasila yang kemudiannya disebut sebagai eka-Pancasila.

“Menurut Notonagoro, Indonesia tidak mempunyai lima yayasan negara, tetapi satu yayasan negara yang terdiri dari lima asas yang menjadi satu, justeru Pancasila tidak seharusnya dipisahkan dari tradisi pemikiran masyarakat,” jelasnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya