Lima bahasa daerah Maluku pupus

Lima bahasa daerah Maluku pupus

KONTINJEN Maluku mempersembahkan tarian muzikal bahasa daerah pada Festival Bahasa Ibunda di Jakarta bulan lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALUKU: Ketua Pusat Bahasa Maluku, Sharil memaklumkan sekurang-kurangnya lima dari 62 bahasa daerah yang didaftarkan di wilayah Maluku sudah pupus karena tidak ada lagi penuturnya.

Menurut Sahril, bahasa daerah Maluku yang sudah tergolong pupus meliputi bahasa Kayeli dan Masareta dari Buru, bahasa Lun dan Nila dari Maluku Tengah, serta bahasa Piru dari Seram Barat.

Walaupun masih ada warga asli yang tinggal di wilayah Teon Nila Sarua di Maluku Tengah, tetapi bahasa Nila yang berasal dari daerah itu sudah tidak banyak digunakan.

“Masyarakat Nila berhijrah ke berbagai daerah dan kemudian menggunakan bahasa yang digunakan masyarakat di tempat tinggal baru mereka. Keadaan demikian menyebabkan penutur bahasa Nila terus berkurangan.

“Sedangkan bahasa Kayeli dan Masareta memang tidak ada lagi penuturnya tetapi kami sempat mendokumentasikan bahasa daerah dalam bentuk kamus kosakata,” kata Sahril dipetik Antara.

Merujuk kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), bahasa dengan jumlah penutur di bawah satu juta dikategorikan sudah pupus.

Jika dinilai berdasarkan standard tersebut, Sharil berkata, bahasa-bahasa daerah di beberapa wilayah Maluku yang mempunyai penduduk kurang dari dua juta juga bakal memasuki kategori pupus tidak lama lagi.

Jelas beliau, ketika ini bahasa Melayu Indonesia dan Ambon lebih banyak digunakan dalam komunikasi seharian masyarakat berbanding bahasa ibunda di wilayah Maluku.

“Ia dianggap pupus kerana jumlah penutur yang terhad. Pada masa ini bahasa Melayu Ambon telah mencecah satu juta penutur, ini menyebabkan bahasa daerah lain hampir pupus.

“Dalam keluarga sendiri penduduk mencampurkan bahasa iaitu bahasa Melayu Ambon dan bahasa daerah. Ini menjadi halangan dan ancaman kenapa bahasa daerah sukar berkembang dan lama-kelamaan penuturnya tiada hingga bahasa itu pupus,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya