Lelaki geram jiran asyik lapor polis

Lelaki geram jiran asyik lapor polis

GAMBAR hiasan. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki berasa geram dengan sikap jiran sebelah rumahnya yang sering melaporkan kepada polis mendakwa kedengaran bunyi bising setiap kali individu itu meluang masa di luar halaman belakang kediamannya.

Lapor Mirror, menurut lelaki itu, jirannya tanpa rasa beban sentiasa menghubungi polis membuat laporan kononnya dia membuat bising sehingga mengganggu kehidupannya.

Malah, jelas lelaki itu, jirannya berbuat demikian tanpa mengambil kira apa sahaja dilakukannya seperti menghisap rokok atau bermain dengan anjing peliharaannya di laman rumah sendirinya.          

“Saya mempunyai jiran yang pelik kerana setiap kali saya meluangkan masa di halaman belakang rumah, dia akan menghubungi polis dengan membuat aduan bunyi bising.

“Apa sahaja saya lakukan di luar halaman rumah sama ada mengadakan barbeku, berehat, menghisap rokok atau bermain dengan anjing, jiran saya tetap mendakwa saya buat bising.

“Jiran saya juga pernah sekali menunggu sehingga 10 malam untuk menghubungi polis bagi memfailkan aduan bunyi bising kerana dia sedar waktu itu amat sunyi di kawasan kejiranan,” katanya dalam satu catatan di laman Reddit.  

Akibat tidak tahan dengan sikap jirannya, lelaki itu meminta bantuan dan nasihat warganet untuk menangani masalah dihadapinya. 

Malah, lelaki itu memberitahu dia sanggup membalas dendam selain meminta warganet mengemukakan beberapa idea.  

Sementara itu, seorang warganet meminta lelaki itu merakam perbuatan jirannya setiap kali apabila polis dihubungi bagi membolehkannya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya