Lelaki dibunuh kerana miliki daging lembu

Lelaki dibunuh kerana miliki daging lembu

NASEEM Qureshi meninggal dunia selepas diserang kumpulan perusuh kerana disyaki membawa daging lembu. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Polis menahan tiga individu di Bihar, India berhubung kematian seorang lelaki beragama Islam yang diserang kerana disyaki membawa daging lembu.

Polis berkata, mangsa dikenali sebagai Naseem Qureshi, 56, meninggal dunia minggu lalu selepas diserang kumpulan perusuh kerana disyaki membawa daging lembu.

Menurut kenyataan polis di mahkamah, mangsa didakwa dikepung lebih 20 orang dan diserang dalam kejadian terbaharu di negeri itu.

Jelas kenyataan itu, polis bertindak campur tangan namun Naseem meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Balai Polis Rasulpur di Bihar, Ramchandra Tiwari mengesahkan tiga suspek berjaya ditahan. 

Lembu dianggap sebagai haiwan suci bagi masyarakat Hindu.

Oleh itu, kebanyakan negeri di India mempunyai peraturan dan larangan penggunaan dan penjualan daging lembu.

Terdapat serangan kerap berlaku terhadap individu yang didakwa membunuh haiwan itu untuk mendapatkan daging atau kulit, dengan kebanyakan golongan tersebut daripada populasi minoriti Islam atau mereka yang berada di tangga bawah sistem kasta purba India.

Sebelum ini, kumpulan Hindu menuntut larangan sepenuhnya terhadap penyembelihan lembu di seluruh India.

Malah, beberapa kumpulan pengawal haiwan itu juga bertindak menguatkuasakan undang-undang sendiri sejak kerajaan nasionalis pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi berkuasa pada 2014.

Bihar ketika ini diperintah oleh parti tempatan manakala Parti Bharatiya Janata pimpinan Narendra Modi berada dalam pakatan pembangkang. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya